NURUL-SYARFIQAMJ
Success is simple.Do what'sright, the right way, at the right time.

Friday, 23 September 2016

temuduga pembantu pembedahan pergigian

assalammualaikum semua..

ni entry ringkas sahaja. saya  belum ada idea lagi nak letak cerita apa dalam blog saya.

entry ni pun sebab nak bagitahu yang saya ada temuduga pembantu pembedahan pergigian pada 27/09/2016 ni. doakan saya tau..


nervousnya.. sebenarnya saya ni bukan jenis yang cepat gelabah dll.. tapi disebabkan ni dah kali ke tiga saya dipanggil temuduga sebab temuduga 1 dan temuduga 2 GAGALdan TAK DAPAT..
that whylah confident saya dah hilang, nervous pulak yang datang menyapa kalau dipanggil temuduga.

atau dengan kata lain.. saya dah

GIVE UP!

Nampak tak perkataan atas ni ?.. haa.. itulah  saya rasa sekarang ni.. sebenarnya saya tak nak hadir dah temuduga dari spa ni..tapi sebab saya fikir tentang masa depan, ibu bapa yang nak tgk anak berjaya, dan minat saya dalam bidang sains ni. saya tekad nak hadir je temudaga pembantu pembedahan pergigian ni.. kut-kut rezeki,mana tahu kan?

saya belum buat persiapan lagi, esok kut saya fotostat semua.. *nampak sangat dah semangat, confident saya hilang*

isnin ni 26/09 saya ke sibu,.27/09 saya hadir temuduga..

DOAKAN SAYA SEMUA.. 

okay.. lupa nak bagitahu pembantu pembedahan pergigian ni dapat sijil je tau. 

Monday, 12 September 2016

hari raya korban

assalammualaikum dan selamat malam..
mata rasa sakit sebab tengok skrin laptop sambil bilik gelap gelita..

saya nak taip apa ek ?

okay, sebelum tu saya nak ucapkan selamat hari raya korban.. *hee..

semalam, saya dan mak dan bapak dan 2 orang kakak menyiapkan persiapan untuk raya korban ni. seperti biasa kami ORDER kelupis *seriusly, dalam bahaasa malaya saya tak tahu nak explain apa kebenda kelupis ni.. kelupis ni bahasa melanau / sarawak " dan nenek order kek kilo harga rm12 .dengan jiran diseberang rumah .

saya baking kek lapis holiday inn dan buat puding milo.
mak dan bapak masak ayam masak kari. bapak memang jenis tolong mak kalau kat dapur. sebab takut mak saya pengsan sebab ketika proses menyiapkan ayam masak kari tu sebenarnya jam dah menunjukkan jam 11 pm lebih.. mak saya ada penyakit darah tinggi. that why , bapak ulang alik masuk dapur sebab nak tgk mak saya okay ke tak.. lastnya, bapak yang tolong masak.. :)
memang penatlah juga sebab kami buat benda ni semua last minit.. 


juadah kami memang simple sangat-sangat.. tapi alhamdulillah.. 


okay, tu jelah.. mengantuk dah ni.. ahahhaha.. assalammualaikum..

esok saya nak buat kek lapis fruity cheese.harap menjadilah ya. sebab kalau nak buat kek lapis ni kena ada KESABARAN , KERAJINAN, NIAT YANG IKHLAS. kalau tak ada semua tu , inshaAllah tak akan jadi.. hahahaa.. saya sebenarnya belum biasa lagi dengan oven baru *mak yang punya .. tapi tak apalah. yang penting dapat jugaklah merasa kek lapis truity furity cheese tu.. nanti saya update kek lapis holiday inn dan kek lapis truity fruity cheese .. ****


Monday, 5 September 2016

pengalaman jadi budak form 6

assalammualaikum dan selamat pagi.. :)
okay.. sekarang ni nak cerita tentang pengalaman jadi form 6 dan pengalaman jadi seorang budak asrama.. *extra topic


masuk je sekolah tu, saya dan family , ramai jugaklah family saya ajak.. dari nenek, bapak, emak, kakak.. ahahahaha.. bila fikir balik, macam lawak jak kan? tapi saya tak tahu kenapa saya ajak diorang ramai-ramai masa saya daftar tingkatan 6..hahaah.. *jangan kutuk pulak

bila masuk je dewan sekolah tu, perghh ramai gila pelajar yang nak daftar, adalah juga ibu bapa yang datang. biasalah kan.. hari pendaftaran.. :) mesti ibu bapa pun nak tengok anak mereka berbaris tunggu giliran utnuk daftar kelas.. tapi saya lain sikit.. saya dan beberapa pelajar yang tolak matrik lain sikit sebab FIRST MISSION kami adalah CARI CIKGU PENGURUS FORM 6..
saya mulanya ingat cikgu tu lelaki sebab saya pernah call pengurus form6 tu, dan suara dia mcm lelaki. hee.. rupanya cikgu perempuan rupanya..

bila dah jumpa  ,kami isi borang tolak matrik dan kemasukan form 6.. hee. . waktu tu saya diletakkan di kelas pelajar sains.. banyak lah budak-budak yang dipilih jadi budak sains.. termasuk saya..

musim orientasi pun bermula.dalam seminggu. macam tu byk aktiviti dijalan. *yeke ?

kenangan yang saya ingat adalah ketika cikgu suruh setiap pelajar berpeluang untuk cakap di depan..dan bila giliran nama nurul syarfiqa kelas 6AB(ni nama saya dgn dia sama tpi x sama kelas ). TAPI SAYA DENGAR NURUL SYARFIQA DARI KELAS 6AF.. apa lagi, saya bangun , menuju ke depan dan bercakp tentang produk x lulus KKM.. malu nak mati ! apatah lagi bila saya tahu waktu tu dia bukannya panggil nama saya pun tapi panggil orang lain..

nak dijadikan cerita,apa yang saya cakap tu memang merepek gilleerrr.... ahahahahahah... dahlah perasan  nama pulak tu .. kan say cerita tentang produk yang x lulus kkm. dan saya ada juga cerita tentang produ yang lulus kkm sp d'herbs terlajak laris, qu puteh, dll..

bila saya sebut je qu puteh tu,, pelajar lain cakap "qu puteh qu puteh barulah putih."
sampai nama saya dh ditukar dari ika ke qu puteh.. *malu giler doo..

malas nak cerita panjang tentang ni! *maluuu..

aktiviti yang dilakukan semasa hari orientasi adalah

  • ceramah . ceramah  topik yang akan dipelajari di tingkatan 6,ceramah tentang peguam, dll.. tu je sy ingt sebb saya tidur bila ceramah ni berlangsung..ahahhaha.. okay.. sebenarnya saya ni jenis yang tak tidur kalau ada cikgu ke apa ke yang cakap kat depan, walaupun malas nak dengar , saya memang tak akan tidur... tapi ni first time saya tidur .. sampai kawan pun tegur,, "jangan tidurlah. nanti penceramah marah pulak" .. first , mungkin ini terjadi sebab ni merupakan first time saya jadi pelajar asrama..
  • aktiviti bersenam dll.. x ingt sgt.. 
  • masa orientasi ni juga orang akan memohon untuk tukar aliran.. dan banyak pelajar sains yang tukar aliran sampai 11 orang je yang tinggal *sadiskan? ahahah
  • dan aktiviti berkumpulan, huh! malas nak taip cerita ni.. *maluuuu!!

dah habis orientasi , kami pun belajar spt biasa. 

dan bila sampai trial sem 1 ,, kami pun ujian lah kan? heekk..

dan menakjubkan gilerr.. pelajar sns truk gila keputusan .. :( termasuk saya.. saya yang paling teruk..
empat subjek tu semua x lulus.. bayangkan... 
mungkin sebab saya tak fokus sangat semasa belaajar sebab saya tidur je .. *menyesal 

dan minggu seterusnya memang tak dibenarkan balik tapi saya balik dengan meminta izin untuk balik dari wardern .. dan semasa saya balik tu memang saya nak bincang dengan ibu bapa saya yang saya nak quit form 6.. 

dan hari rabu minggu selepas saya balik tu ,, saya terus quit.. gila kau x sedih sebab tinggalkan kwn yang banyak.. tpi apa boleh buat.. kenapa quit ? 
sebab? saya ... xtaulah.. saya pun tak tahu kenapa saya quit.. * x ingat..

tu je kut.. 5 bulan je sy jadi pelajar tingkatan 6.. lepas tu sy terus jdi dropship online dari pembekal jubah dll.. alhamdulillah.. simpanan saya telah mencapai 1K tak termasuk duit yang saya dah belanjakan.. 
alhamdulillah.. dipermudahkan urusan.. :)

saya seorang yang pemalas

ASSALAMMUALAIKUM.. dan SELAMAT PAGI.. *nak jawab pun tak apa, tak nak jawap pun tak apa.. hehe*

entry ni adalah sambungan untuk entry first saya.. boleh klik sini

KENAPA SAYA TAK STUDY SEDANGKAN UMUR SAYA 19 TAHUN?

okay.. sekarang ni saya nak cerita tau.. *tu pun kalau ada yang baca *

mesti ada pembaca *ada ke yang baca?* yang fikir yang saya ni tak lulus SPM.
dan
mesti ada pembaca yang fikir saya ni PEMALAS ?
dan mungkin juga ada yang fikir....
yang saya ni jenis yang TAK ADA MASA HADAPAN ?

okay.... saya faham dengan pemikira orang terhadap  orang yg tidak berpendidikan tinggi ni..

ketika saya masih berada di tingkatan 5 saya seorang yang pendiam *orang kata * ..
adalah suatu hari tu, cikgu kimia kami cakap dia mengalukan budak kelas kami memohon masuk matrik. dan dengan bantuan cikgu counselling kami, saya dapat beli no pin utk memohon matrik.. *thank you,cikgu.. dan saya dan kawan saya pun memohon masuk matrik.... *mmg nak sgt masuk matrik.

 bulan 11 2014 macam tu kan, saya pergi ke kem plkn.. nanti saya cerita pengalaman saya di plkn.. hehe.

 bulan february 2015 saya balik dari plkn dan saya pun isi SPA. sebab kakak saya suruh.. saya ok je walaupun saya tak tahu apa tu SPA waktu tu..

bulan april 2015 macam tu, saya dapat text dari *xtahulah.. yang no 51888* rsanya.. dia cakap yang saya berjaya masuk matrikulasi.

saya pun "wow! tak sangka boleh masuk matrik walaupun keputusan saya tak hebat macamorang lain"

tapiiiii..waktu tu , saya memang berbelah bahagi.. sebab?


  1. masalah kewangan. duit simpanan saya (tu pun duit biasiswa) , saya hanyalah rm 600 ke bawah sahaja. tu pun pihak bank tak benarkan ambil semua! dan dalam masa yang sama juga,kakak saya masih belajar di universiti.. memang terbebanlah ibu bapa saya kalau tanggung dua orang sekaligus.*saya tau ibubapa saya sanggup gadai harta yang bernilai untuk anaknya tapi saya rasa bersalah sebab buat mereka terbeban masa tu*
  2. banyak sangat mulut-mulut yang cakap matrikulasi tak bagus dll.. errr..!!! naik pening fikir nak sambung mana.. bila dah dapat matrik,, boleh pulak orang cakap matrik ni tak bagus..buat rasa kita ni tak percaya diri sendiri je.. hurmm..
  3. tak ada laptop.. kalau tak ada laptop mesti susahkan nak belajar / buat assignment.. apatah lagi bila saya tahu masuk matrik akan belajar tentang code-code blogg.... uuu.. memang nak belajar sangat tentang code blog niii..
  4. dan akhirnya, saya fikir balik.. oklah, masuk form 6 jelah.. lagipun duit tak banyak sangat guna kalau masuk form 6 dan tak perlukan laptop pun.. *dalam masa yang sama kedua-kedua ibu bapa saya setuju nak saya matrik, tapi saya sendiri buat keputusan masuk form 6..* dan saya pun memohon masuk form 6 secara memohon..
nanti next entry saya cerita pengalaman saya di form6 pulak...




pengajaran :
  • percaya dengan diri sendiri. apabila awak buat keputusan, yakin dengan keputusan yang awak pilih tu.. kalau awak tak yakin , siapa lagi yang nak yakin kalau diri awak sendiri tak yakin ? *eh
  • kalau awak seorang pelajar, sila amalkan sikap menabung , bila awak nak sambung study nanti,semua keperluan awak , awk sendiri yang tanggung ,, tak ada dah alasan kewangan dan boleh ringankan beban mak ayah awak.. kan??
  •  jangan percaya orang sekeliling kata.. mereka pernah ke lalui apa yang awak lalui ? tak kan? mereka peduli ke jatuh bangun kau ? peduli ke ? tak kan?  jadi, kenapa masih peduli kata - kata mereka ?
  • bagi sokongan dan kepercayaan kepada anak-anak yang buat keputusan sendiri
  •  dah, tu je... okay babai.. assalammualaikum..

Sunday, 4 September 2016

perkenalan ke owner blog

assalammualaikum. dan selamat pagi .
ni blog saya yang ke berapa entahlah, sebab selalu je tak hafal password dan email.

okay. sekarang saya nak perkenalkan diri saya dulu.nama saya nurul syarfiqa binti mohd janjudin. saya berumur 19 tahun. saya mula berminat dengan  blog ini semasa saya berumur  13 tahun (x pasti ). waktu tu memang banyak lah blogger baru yang muncul macam cendawan tumbuh .

sebab saya minat blog adalah :-


  1.  sebab blog ni macam diary tau , sebab tak semestinya orang baca kan? kita main taip je dalam blog ni. kalau popular tak apalah, ada jugak blogger lain komen. kalau tak popular, memang macam diary dah blog tu. hehee.
  2. sebab design cantik-cantik. Dulu, mula-mula minat blog sebab waktu tu kakak saya rajin edit blog. sampai saya rasa tertarik dengan blog ni. oh yes.. kakak sayalah yang punca saya suka blog . bila saya pun dah pandai edit blog , pandai main photoshop , mula lah tangan ni edit blog SETIAP HARI. dan boleh dikatakan setiap hari blog bertukar wajah, bertukar baju. Dulu, kalau raya memang akan design cantik-cantik blog dan ada tema lagu raya dan tema header raya.. hee..
  3. selalu ada giveaway. kalau korang nak tau , dulu.. ramai je yang buat giveaway sampai aku aku sekali buat giveaway. first giveaway,aku sendiri yang buat dan aku sendiri yang bagi hadiah. hadiah TOPUP je. hewhew.. tapi alhamdulillah, banyak jugak yang join.. giveaway kdua yang saya buat, banyak yang sponsor hadiah. aku pun "WOW" .. 
  4. tamat

saya ni jenis yang tak pandai nak bergaul dengan orang ramai. memang terperap tenung laptop.. tapi tu dulu lah semasa saya first join jadi blogger ni. memang tak pernah tak miss buka blog dan photoshop... bak kata orAng , OBSES ! 

dan sekarang ni saya mula aktif balik.. sebab sekarang ni saya tak ada buat apa-apa.. sebab ? sebab.. nantilah saya cerita untuk next entry..
saya busy bisnes online je sekarang ni.. :)
okay tu je kot untuk setakat ni.. bai-bai.. ASSALAMMUALAIKUM..

*maaf, saya tak ada tempat chat , kalau awak ada follow saya / nak suruh saya singgah blog awak, boleh bagitahu di kotak komen bawah ni ya *