NURUL-SYARFIQAMJ
Success is simple.Do what'sright, the right way, at the right time.

Wednesday, 5 October 2016

PENGALAMAN JADI DROPSHIP

ASSALAMMUALAIKUM ..

PENGALAMAN JADI DROPSHIP ? saya ni sekarang jadi dropshipper dari @abayahasni , @shawlmilala . ni memang dircet dari HQ . kalau direct dari HQ , harga memang akn jual sama dengan harga yang HQ jual..

sebelum cerita lebih jauh, saya nak terangkan sikit dengan dropship ni..

Dropship ialah satu konsep perniagaan yang mudah, ringkas dan amat sesuai dengan perniagaan internet atau bisnes online kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok.

pengalaman  saya dari dropship :


  1.  kena hadap customer tanpa belajar cara yang betul. saya pernah menangis tau sebab tak tahan dengan kerenah customer, tapi saya taklah marah dengan customer tu..  tapi bila dah lama-lama tu, saya dah tahu cara nak handle diorang ni.. belajar dari kesilapan.
  2. kalau customer nak tukar size sebab diorang salah pilih size. first, saya nak cakap.. benda ni lah yang paling pening sebab apa ?  sebab HQ tak akan tanggung bayaran pos. sebab benda nilah saya tak buat sistem tukar barang kalau customer sendiri yang salah pilih size lepas tu nak tukar. sebelum customer order dengan saya , saya akan cakap " sure eh size bla bla bla, sebab kami x ada sistem tukar barang kalau salah pilih size"
  3. komisyen sikit sahaja.. antara rm5 sahaja untuk sehelai.. tapi alhamdulillah, dari komisyen rm5 tu simpanan saya pernah mencecah rm1000 lebih . mula-mula dropship dulu memang merungut  sebab apa ? komisyen ciput je.. tapi bila usaha + tak putus asa, simpanan saya mencecah rm1000.
  4. customer suka sangat mintak kurang kalau beli lebih dari sehelai. sebagai contoh beli 2 helai sahaja. contoh kan ,  HQ suruh jual harga rm 55 sehelai jubah. jadi komisyen sy rm5 . yang saya bankin ke HQ akan jadi rm50 kan ? kalau customer beli 2 helai kena bayar rm110. komisyen saya rm10 untuk dua helai. tpi bila customer mintak kurang, rasa nak marah je tau. dahlah beli sikit sahaja, tapi nak kurang. ada jugak yang suruh kurangkan rm5 sehelai sebab dia beli 3 helai.. kau bayangkan ? betapa seksanya diri aku hadap diroang yang suka minta kurang ni. 
  5. bila customer tahu saya ni dropship sahaja, mulalah tak nak beli..orang banyak yang tak nak beli dengan orang yang bergelar dropship ni. sebab apa? diorang fikir kami ni ambil untung lebih. yang ambil untung lebih tu yang bukan dropship direct dari HQ . saya dropship direct dari HQ. harga jual HQ dengan dropship dia sama je. tak ada kurang tak ada lebih. 
  6. banyak yang tanya nak jadi dropship di bawah saya.. nak jadi dropship bawah saya tulah  yang problem. sebab apa ? saya ni pun drpship tak kan nak ambil dropship ?.. kalau dropship di bawah HQ ni ambil  dropship dbawah dia pulak tanpa pegang barang, dia memang teruklah sebab apa ? dia manfaatkan orang bawah dia tu untuk dapat keuntungan. 
  7. kadang-kadang kau kena tanggung pos .
  8. tak faham apa diorang cakap. apatah lagi kalau diorang cakap bahasa negeri diorang. saya ni orang sarawak. susah nak faham sebab sekeliling saya tak ada orang dari negeri lain. kalau korang nak tahu saya ni tidak fasih dalam bahasa melayu sarawak. first, mungkin sebab saya orang melanau.second, mungkin sebab di sekeliling saya tak ada orang yang bercakap dalam bahasa melayu sarawak.. arwah nenek dan arwah datuk memang bertutur dalam bahsa melayu sarawak. tapi saya masih tak terbiasa untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa melayu sarawak.. sebab saya lebih selesa menggunakan bahasa MELANAU. 

haa.. panjang lebar cerita jadi dropship ni.. tapi alhamdulillah. sekurang-kurang saya tak gunakan hp saya untuk perkara yang tak berfaedah.. saya boleh beli baju, skirt dll menggunakan duit saya sendiri.. nak buat kek lapis pun saya guna duit sendiri.. alhamdulillah :)

for next entry, saya nak ajar blogger yang pernah singgah ke blog saya untuk belajar bahasa melanau .. nak tak ?? hehehehe...

3 comments:

  1. Bgus bgus dik tetap brtbh dn brthn dgn karenah customer :) mek pn klau bleh nk buat dropship tp tk pndai --'

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..bgsla..nk cuba jd dropship x buat2 lg..haha..

    ReplyDelete
  3. terbaik kesabaran tu yang penting :)

    ReplyDelete